Apa khabar semua? Harapnya masih lagi berada dalam keadaan sihat sejahtera. Makan ubat
Petang tadi, sewaktu saya sedang berbaring, gegaran terasa seakan-akan kawan menggoyangkan lantai. Tapi, bila dilihat, tiada sebarang daya yang dikenakan apatah lagi tekanan yang diberikan.
* Ayat ntah pape, dah lama xmnulis.layan je lar..;p
Rupanya, sudah berlaku bencana gempa bumi yang mana pernah berlaku di Aceh, tsunami yang menelan sebilangan besar penduduknya tidak kira yang beriman mahupun tidak. Petang tadi melibatkan Sumatra, gempa bumi 8.7skala richter, dan jika tidak silap kurang 0.1 skala richter yang pernah berlaku di Aceh. Alhamdulillah, hanya sedikit gegaran yang boleh di rasai di mahallah saya diami, ada satu lagi mahallah perempuan, mak guard tidak membenarkan pelajar mendiami mahallah tersebut buat seketika. Kena pindah mahallah lain, kesahihan cerita itu tidak dapat di pastikan. Awek kawan citer.haha. Yela, risau gempa itu boleh merobohkan mahallah tersebut, 9 tingkat. Mudah-mudahan tiada apa jua masalah yang menimpa kami. Amin. *Mahallah= Asrama.
Ha, jap2. Tadi bukak fb, ada seseorang membuat penyiasatan persendirian tentang apa yang berlaku di fb dan di kaitkan dengan bencana ini.
Katanya lebih kurang berbunyi macam ini lah, "Status fb kini makin baik, mungkin sebab bencana tadi."
Agak-agak korang apa yang ingin di sampaikan oleh si dia, memuji??gembira??atau memerli??menghina??
Owh, harapnya tidak lar apa yang saya fikirkan. Apa yang saya fikirkan, dia hanya menghina orang lain dalam status yang agak 'makan dalam' tersebut. Apa salahnya seseorang itu menyampaikan perkara yang baik tatkala ada bencana yang menimpa, barangkali boleh memberikan pengajaran kepada si pembaca-pembaca di fb yang kadang kala leka.
Bayangkan, jika status fb dipenuhi juga dengan keseronokan, ketiadaan pendekatan kepada Allah, tidak mengambil tahu hal luar seperti bencana ini, tidak mustahil ramai penggemar fb akan lebih melencong ke arah yang lain malah dianggap bencana ini hanya di sebabkan sains semata-mata. Mudah-mudahan Allah S.W.T memberikan hidayah kepada kita semua, hidayah umpama buah-buahan atas pokok, jangan lah kita hanya menunggu di bawah sehingga buah itu jatuh. Seharusnya kita berusaha mendapatkannya, barangkali ada juga buah-buahan yang jatuh bila tiba masa nya. Tetapi tidak mustahil buah itu sudah buruk dek makan tupai, burung,
Pandang hina kepada orang lain juga dikenali sebagai sifat sombong. Sombong, sifat yang ada dalam jiwa dan sudah sebati dalam badan iblis dan sekutunya, yang mana mereka enggan sujud kepada nabi Adam sebagai tanda patuhnya mereka kepada Allah S.W.T. Jika ditanya kanak-kanak yang masih kecil, semestinya mereka tidak mahu menjadi kawan iblis dan sekutunya.
Moga lebih banyak pengetahuan tentang agama yang kita bakal perolehi meskipun di dalam laman sesawang facebook. Ayuh, post lah yang dapat memberikan kesedaran kepada kita, jangan malu2 kucing. Jauhi sifat memandang rendah orang lain. Tatkala kita menghina serta memandang rendah orang yang lebih jahil dari kita, tidak mustahil suatu hari nanti hidayah akan diberikan oleh Allah S.W.T kepada nya. Siapa tahu, dia akan lebih menjadi lebih baik dan di muliakan di sisi Allah kelak kan. Siapa tahu, dia akan di masukkan ke syurga Allah terlebih dahulu hasil dari hidayah yang di berikan-Nya meskipun lewat.
Akhir kata, sama-samalah kita doakan kesejahteraan penduduk yang ditimpa kesusahan dan bencana gempa bumi ini. Ya Allah, berikanlah kesabaran yang tinggi kepada mereka dalam menempuh ujian-MU. Janganlah Engkau pesongkan hati mereka setelah engkau berikan hidayah kepada mereka. Amin.
Sahabat..
Sesungguhnya, aku sedang menasihatimu bukanlah bererti aku yang paling terbaik di kalanganmu..
Kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri...
Seandainya seseorang itu hanya dapat berdakwah apabila die sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah..
Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberikan ingatan. - IMAM HASAN AL BASRI


